Sunday, 5 April 2015

si manis nasrin

jam 3.34 pagi. perut lapar mcam babi. nasib diberi manisan nasrin untuk mengisi perut yang sedang lapar.aku terus merasa manisan nasrin . oh kau sungguh enak dirasa. aku mahu terus merasakan manisan nasrin sampai ke tua. ya! sampai ke tua. aku mohon buka mata esok, aku dapat rasa manisan nasrin ini lagi. selamat tidur manis .


Sunday, 29 June 2014

hari pertama puasa

permulaan yang malang bagi aku. sampai je bazar lauk pauk abis. manusia kali ni betul2 lapar. aku jalan , jalan dan jalan. nasi lemak lauk ayam dan air anggur 2 ringgit. aku berjaya satu hari ni!

Saturday, 28 June 2014

sahur pertama 2014

macam puasa yang lepas, permulaan puasa aku tanpa keluarga. apa yang beza semua kemahuan bikin sendiri. tiada alasan selagi ada tangan dan kaki . tak lupa juga mata. selamat sahur geng

Thursday, 27 February 2014

awal pagi, masih belum tidur. tak tahu apa yang dicari . mungkin satu inspirasi baru. alunan muzik menemani aku. aku sayang kau . kalau kau diberi jasad sudah lama aku belanja kau secawan teh diwarung bukan di stabak mahupun tutifruti .

Friday, 26 July 2013

ditengah ramadhan

sudah masuk ditengah bulan ramadhan. masih lagi belum berbuka bersama keluarga. aku rindu air tangan mak, aku rindu bihun nenek depan padang, aku rindu bau mercun. yang pasti haji spec mesti cari aku untuk bertadarus sama. minggu depan balik! :D

Saturday, 20 July 2013

ramadhan : selamat berbuka geng!

perut keroncong, maggi sahur tadi tak bertahan sampai berbuka. aku terus melawan nafsu. kalau tak aku tak rasa deritanya org yang kurang bernasib baik. al-fatihah aku sedekahkn. selamat berbuka korang!

Friday, 19 July 2013

sahur awal

aku bangkit sahur(tak tidur pun sebenarnya) . aku bingkas panas kan air. aku celur maggi. hanya ada sebungkus untuk tengah pagi ini. aku harapkan maggi yang terakhir ini sedap mcm org baru kawin. selamat bersahur korang!

ramadhan : 10

iman kena kuat
walaupun setan diikat
rasuk manusia itu jahat

media menjadi godaan
lauk pauk disiarkan
kena kuat kuat

mata jaga
urat urat sentiasa ditayang
ini kejam

jaga menjaga
itu lebih mulia 
ini ramadhan

Sunday, 14 July 2013

dugaan puasa

harini berada di puasa yang ke 6. aku masih lagi tak dapat bihun dan kuih tepung pelita yang sesedap gadis yang nyanyi lahu bulan ditutup awan.

:librarykptm . laptop ain

Thursday, 11 July 2013

hari kedua bulan suci

hari ni puasa kedua. gua berjalan jauh . penat tolak tepi. gua masih steady!. berharap esok masih jumpa bulan suci amin! :D

Friday, 4 January 2013

tamat

tamatnya seluar hijau, ingat seronok ? aku rasa lagi gila daripada math. ini gila. doakan yang terbaik

Friday, 23 November 2012

Pencarian

sedang mengira hari
hari untuk mati
dimana harinya?
hanya menunggu tiba

jangan leka
muda tua semua sama
hanya menunggu tiba

tiba masa
jangan gigil
jangan takut
sudah ada di dalam jiwa

Thursday, 22 November 2012

pelepasan spm :)

zaman ini akan berakhir
perlu usaha kalau nak berjaya
alam yang perlukan duit
bukan untuk makan saja
untuk kencing berak

seluar hijau selamat tinggal

Wednesday, 7 November 2012

penangan teh

di tengah malam , selepas hujan. aku hirup teh bercampur susu lemak manis dan ais banyak. mak haih! sedap! . aku rasa ia lagi sedap daripada keluar dengan gadis yang hanya tahu menonton wayang yang sememangnya tipu.

Friday, 27 July 2012

AZIAN BIDARA

gelak tawa
meriah berbuka sama
ini nikmatnya

berbeza sebelumnya
kali ini kawan
lain situasi

aku happy
happy sampai mati
tak akan lupa
selagi tak mati

Saturday, 21 July 2012

bihun goreng ayam percik

seperti biasa pada bulan ramadhan. aku akan berbuka dgan bihun goreng dan ayam percik sehingga tamatnya puasa. haha... so tdi aku pergi cuci mata dkat bazar bbs . bnyak jugak depa dok jual. tidak ada sidikit nafsu aku nk memborong semua. apa yang aku cari bihun dan ayam percik..ahaha..selamat berbuka dan selamat mendirikan terawih uollss:)

Friday, 20 July 2012

ketua bulan

bulan suci sudah tiba, aku harap ibadah aku diterima. okay! isya allah aku akan sentiasa update blog aku dgan peristiwa-peristiwa yang aku alami spanjang bulan suci ini *senyum kambing:DD

Tuesday, 28 February 2012

HUJAN AKUSTIK

24 hari bulan 2 macam yang dirancang, aku p tengok showcase hujan di KLPAC. Antara gambar yang aku dapat :D

















Monday, 6 February 2012

12.1.95

Satu dua satu sembilan lima
aku dihirupkan udara yang segar
di bawah langit yang sama.

Satu dua satu sembilan lima
aku diajar bercakap
ayah mak yang selalu aku dengar
mula sebut dengan perlahan


Satu dua satu sembilan lima
aku diperlihatkan dunia
dunia yang penuh dengan cabaran
perlu pandai! pandai mengurusan diri






Thursday, 27 October 2011

Bersambung

tidur malam ini aku sertakan dengan kegembiraan siang tadi. aku mahukan kegembiraan bersambung di dalam mimpi aku malam ini. aku berharap sangat. berharap tinggi sampai ke gunung kinabalu. jika ini benar berlaku , akulah orang yang paling lena tidur untuk malam ini. berharap. ya! berharap ia akan bersambung dalam mimpi .